Tuesday, November 6, 2007

Tips Saham hari ini




Salam sejahtera,
Semalam kalau yg mengikuti perkembangan saham, sudah tentu mengetahui
kebanyakkan harga-harga saham jatuh sedikit.. Tetapi hari ni kebanyakkan
saham-saham telah mengalami pemulihan dan kaunter saham untung melebihi
dari kaunter saham rugi.. Sebenarnya apabila harga saham jatuh, banyak
memberi kelebihan kepada kita. Salah satunya ialah kita dapat membeli dengan
harga murah. Dan peluang harga saham naik juga cerah.

Hari ni saya nak bagi sedikit tips.. bagaimana nak membeli saham bila keadaan
sebegini terjadi. Apa yg anda lihat di atas ialah kaunter saham GSB yang
mengalami kejatuhan semalam. Tetapi hari ni dia telah mula naik sikit. Jadi mcm
mana saya meramalkan ia akan naik lagi esok..

Cara saya mudah sahaja.. Anda boleh lihat berapa jumlah volume atau jumlah Lot
yg dibeli oleh para pelabur pada petang tadi... Cuba anda tengok di bahagian Vol.
Anda boleh lihat ada beberapa pelabur yang telah membeli sejumlah 21129 Lot
dan pelabur kedua terbesar telah membeli sejumlah 10200 Lot dengan harga 12sen
Anda tahu berapa jumlahnya?
Jumlahnya mencecah RM350,000 bagi kedua2 pelabur terbesar tersebut.

Apa maknanya semua ini?
Ini bermakna apabila ada pelabur berani melaburkan sejumlah wang besar untuk
membeli dengan harga tersebut; ini bermakna ia mungkin mendapat tips harga
tersebut akan naik atau cuba mengawal harga tersebut supaya ia tidak turun.
Apabila pelabur lain melihat situasi sebegini , mereka juga akan turut
mengikutnya kerana mereka yg lain juga akan menyangka harga saham tersebut akan
naik keesokkannya.
Jadi kita juga perlu mengikut rentak pelabur lain iaitu dengan turut sama membeli..

Sebelum anda membeli anda pastikan jumlah Volume hari ini melebihi dari
volume semalam.. Sekiranya ia dipatuhi, bermakna potensi harga akan naik adalah
tinggi. Jadi, kalau dah untung sedikit tu juallah.. mana la tahu.. harga tak menentu
pulak untuk hari itu.. Terpulanglah pada anda nak kaut untung berapa..
Yang penting jangan tamak..

Sampai di sini tips saya hari ini. Selamat melabur !!!

www.rahsiawangku.com

Friday, October 19, 2007

Untung rugi bergantung kepada jenis saham

Saham tidak semestinya tergolong dalam satu jenis pengkelasan saja.

Saham mewah bermaksud saham syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang mantap dan cemerlang.

Istilah cip biru (blue chips) sebenarnya berasal daripada permainan
poker di mana cip biru mempunyai nilai tertinggi berbanding cip putih atau merah.

Syarikat cip biru ini seharusnya mempunyai rekod perniagaan yang bagus
dan berprestasi cemerlang, di samping mempunyai kedudukan kecairan yang
tinggi dan modal ekuitinya lebih tinggi daripada hutang atau pinjamannya.

Selain itu, syarikat juga mencatat keuntungan berterusan dan mempunyai
rekod pembayaran dividen yang stabil. Harga saham juga sentiasa stabil.

Saham pertumbuhan (growth shares) pula adalah saham syarikat yang
mempamerkan pertumbuhan pesat dari segi keuntungan.

Perolehan syarikat meningkat dengan kadar yang lebih cepat berbanding
kadar pertumbuhan ekonomi keseluruhan sesebuah negara dan purata industri.

Saham pendapatan (income shares) pula adalah saham syarikat yang mampu
membayar dividen yang tinggi dari tahun ke tahun walaupun pertumbuhan
keuntungannya tidak begitu menggalakkan.

Syarikat dalam kategori ini kebiasaannya terbabit dalam sektor ultiliti
dan industri yang kalis kemelesetan.

Saham pusingan (cyclical shares) pula lebih kepada saham syarikat yang
dipengaruhi secara langsung oleh keadaan ekonomi negara atau situasi
ekonomi global. Prestasi syarikat terbabit naik dan turun mengikut
pusingan ekonomi semasa.

Ketika keadaan ekonomi memberangsangkan, prestasi syarikat terbabit
turut meningkat dengan kadar yang tinggi dan sahamnya menjadi popular di
kalangan pelabur dan sebaliknya.

Syarikat yang tergolong dalam kategori ini adalah seperti industri yang
berasaskan permintaan pengguna khususnya perumahan, kereta dan perladangan.

Saham bertahan (defensive shares) bermaksud saham syarikat yang
berkeupayaan menunjukkan prestasi yang baik dari segi purata keuntungan
dan pembayaran dividen walaupun di dalam suasana kemelesetan ekonomi.

Saham spekulatif merujuk kepada saham syarikat yang tidak mempunyai
kestabilan harga.

Harga saham syarikat terbabit tinggi walaupun tidak mempamerkan prestasi
kewangan cemerlang. Biasanya harga sahamnya meningkat dan menurun dengan cepat.




.........................................................................
Di suatu masa anda mungkin akan mendapat maklumat
mengenai sesuatu saham yang patut dibeli,
Anda mungkin akan terlepas peluang sekiranya
tidak tahu apa yang perlu dilakukan,
Sediakan diri anda sekarang !!!
Dapatkan Panduan Maybank2u anda,
www.rahsiawangku.com

Mengenali asas pelaburan

KITA sering mendengar orang ramai bercakap atau berbincang mengenai pelaburan. Isu pelaburan kebelakangan ini begitu hangat diperkatakan dan sudah menjadi satu topik perbualan umum.

Justeru, tidak hairan jika ramai menganggap pelaburan dan spekulasi adalah satu perkara yang sama. Bagi mengelak dipengaruhi kegiatan spekulasi berkenaan, pelabur terutama pelabur baru perlu mengenali asas pelaburan.

Kebiasaannya, sebelum seseorang pelabur khususnya pelabur di pasaran saham memulakan pelaburan, dia mungkin tidak mempunyai pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan.

Pelabur berkenaan mungkin bergantung sepenuhnya kepada remisier atau broker saham untuk memberitahunya mengenai prosedur urus niaga dan peraturan pasaran saham.

Selain itu, kebanyakan pelabur pula mungkin membuat keputusan untuk berurus niaga berdasarkan khabar angin dan spekulasi.

Walaupun, ada antara mereka yang berjaya memperoleh keuntungan segera, namun lama-kelamaan ia bertukar kepada kerugian kerana terus bergantung kepada khabar angin dan spekulasi berkenaan.

Ini disebabkan pelabur kecil terbabit biasanya mempunyai dana yang terhad dan tidak mampu bertahan lama di pasaran.

Secara umumnya, pelaburan boleh didefinisikan sebagai `satu pertukaran wang tunai atau pembelian aset dengan harapan bahawa aset itu akan membawa keuntungan pada masa depan dalam bentuk faedah, dividen, sewaan atau kenaikan harga'.

Perkataan `aset' bermaksud aset tetap dan aset kewangan. Aset tetap ialah aset nyata iaitu harta yang bersifat kebendaan dan mencerminkan nilai sebenar seperti tanah, rumah, kenderaan dan peralatan.

Aset kewangan pula ialah sesuatu harta yang bersifat tuntutan berdokumen terhadap pemilikannya dan agak sukar menentukan nilai sebenarnya seperti saham, simpanan tetap dan insurans.

Perlu ditekan di sini, perkataan `dengan harapan' bermakna ia membabitkan risiko iaitu kemungkinan mengakibatkan kerugian.

Setiap pelaburan pasti mempunyai risiko. Jika seseorang melabur di pasaran terbuka, risiko yang perlu ditanggungnya ialah perubahan harga sesuatu saham berkenaan.

Berdasarkan definisi itu, jelas bahawa ada pelbagai bentuk pelaburan. Menyimpan wang di dalam akaun simpanan, membeli hartanah dan membeli kenderaan adalah antara contoh pelaburan.

Malah, menyimpan wang dalam `tabung buluh' juga dianggap sebagai pelaburan iaitu memberi pulangan atau faedah ketika berlaku deflasi iaitu ketika harga barangan atau perkhidmatan turun.

Berikutan wujud pelbagai bentuk pelaburan, seseorang pelabur perlu bijak menentukan matlamat pelaburannya. Selain risiko, antara ciri lain yang harus dipertimbangkan ialah bentuk pulangan, kecairan dan ketidaktentuan pasaran saham.

Bentuk pulangan sesuatu pelaburan biasanya merangkumi pulangan tetap dan keuntungan modal. Sesetengah pelaburan hanya memberi pulangan dalam bentuk pulangan tetap seperti akaun simpanan, simpanan tetap, bil Perbendaharaan dan bon.

Pelaburan yang tidak menjanjikan pulangan secara tetap tetapi dalam bentuk keuntungan modal yang tinggi ialah seperti pelaburan emas dan berlian.

Pelaburan yang bergantung kepada keuntungan modal biasanya memberi pulangan yang tinggi berbanding pelaburan yang memberi pulangan tetap. Bagaimanapun, pelaburan yang memberi keuntungan modal sahaja adalah lebih berisiko berbanding pelaburan yang memberi pulangan tetap.

Dalam jangka panjang, pelaburan di pasaran saham terbuka memberi pulangan yang lebih tinggi berbanding kaedah pelaburan simpanan akaun tetap.




Dapatkan Panduan Maybank2u anda,
www.rahsiawangku.com

Friday, October 5, 2007

Aspek kecairan dalam pelaburan

MINGGU ini kita membincangkan mengenai aspek kecairan (liquidity) dalam pelaburan. Istilah ini bermaksud kemudahan untuk menukar sesuatu bentuk pelaburan kepada tunai di dalam jangka masa singkat tanpa menanggung kos urus niaga yang tinggi.

Berdasarkan fakta, ramai bakal pelabur lebih suka memilih pelaburan yang mempunyai tahap kecairan yang tinggi. Menurut hukum ekonomi permintaan dan penawaran, lebih tinggi tahap kecairan sesuatu pelaburan, maka lebih rendah pulangannya.

Pelaburan yang mempunyai tahap kecairan yang tinggi seperti akaun simpanan, simpanan tetap dan bon, di mana pelabur boleh menunaikan atau menukar pelaburannya pada harga pokok kepada wang tunai dalam kadar segera tanpa membabitkan kos urus niaga yang tinggi.

Manakala pelaburan yang mempunyai tahap kecairan rendah seperti hartanah atau aset tetap akan mengambil masa yang lebih lama dan membabitkan kos urus niaga yang agak tinggi.

Seseorang mungkin terfikir pelaburan di pasaran saham terbuka boleh diklasifikasikan sebagai mempunyai tahap kecairan yang tinggi kerana saham biasanya boleh dijual atau ditukar kepada wang tunai dalam tempoh beberapa hari. Namun, realitinya, saham boleh menjadi satu pelaburan yang tidak mudah cair.

Antara sebab utama keadaan itu ialah kebanyakan pelabur mungkin dibelenggu oleh `perangkap psikologi'. Pelabur tidak mahu menjual pegangan mereka di bawah paras harga belian sesuatu saham ketika pasaran jatuh.

Mereka lebih rela menunggu dan berharap pasaran akan naik semula, tetapi jika diteliti, sesuatu kejatuhan pasaran (bear market) mungkin mengambil masa sehingga dua hingga tiga tahun.

Justeru, pelabur berkenaan terpaksa menunggu dalam jangka masa itu untuk melakukan urus niaga dan seterusnya mendapat keuntungan. Antara sebab lain ialah seseorang pelabur itu mungkin tidak boleh menjual pegangannya apabila tiba masa untuk menjual.

Ciri terakhir pula ialah ciri ketidaktentuan (uncertainty) yang mana lebih berkisar kepada faktor `harapan' dan `risiko'. Ini disebabkan sesetengah bentuk pelaburan sukar untuk menjangka pulangannya berbanding pelaburan lain.

Misalnya, simpanan tetap boleh dikategorikan sebagai satu pelaburan yang selamat di dalam keadaan biasa. Namun begitu, ramai juga pelabur yang terperangkap seperti apa yang berlaku di Indonesia di mana beberapa bank dan syarikat kewangan terpaksa ditutup atau diambil alih pengurusannya ekoran krisis kewangan pada 1997.

Pelaburan di pasaran saham terbuka juga mempunyai tahap ketidaktentuan pulangan yang sangat tinggi. Harga saham yang stabil pada hari ini mungkin akan jatuh menjunam pada masa depan, begitu juga sebaliknya.

Kebanyakan pelabur baru di pasaran saham terbuka tidak memahami konsep ini. Mereka secara melulu bergantung kepada remisier atau khabar angin dan seterusnya menjangka pelaburan mereka akan menepati jangkaan dan memberikan pulangan yang besar.

Seseorang tidak boleh mendapatkan sesuatu tanpa membabitkan kos. Pelaburan saham di pasaran bebas hanya memberi pulangan yang tinggi disebabkan ketidaktentuannya.

Jika anda tidak sanggup menanggung risiko ketidaktentuan ini, adalah lebih baik jika anda memilih pelaburan yang lebih selamat seperti simpanan tetap, amanah saham tertutup dan sebagainya.


Dapatkan Panduan Maybank2u anda,
www.rahsiawangku.com

Mengenali asas pelaburan

KITA sering mendengar orang ramai bercakap atau berbincang mengenai pelaburan. Isu pelaburan kebelakangan ini begitu hangat diperkatakan dan sudah menjadi satu topik perbualan umum.

Justeru, tidak hairan jika ramai menganggap pelaburan dan spekulasi adalah satu perkara yang sama. Bagi mengelak dipengaruhi kegiatan spekulasi berkenaan, pelabur terutama pelabur baru perlu mengenali asas pelaburan.

Kebiasaannya, sebelum seseorang pelabur khususnya pelabur di pasaran saham memulakan pelaburan, dia mungkin tidak mempunyai pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan.

Pelabur berkenaan mungkin bergantung sepenuhnya kepada remisier atau broker saham untuk memberitahunya mengenai prosedur urus niaga dan peraturan pasaran saham.

Selain itu, kebanyakan pelabur pula mungkin membuat keputusan untuk berurus niaga berdasarkan khabar angin dan spekulasi.

Walaupun, ada antara mereka yang berjaya memperoleh keuntungan segera, namun lama-kelamaan ia bertukar kepada kerugian kerana terus bergantung kepada khabar angin dan spekulasi berkenaan.

Ini disebabkan pelabur kecil terbabit biasanya mempunyai dana yang terhad dan tidak mampu bertahan lama di pasaran.

Secara umumnya, pelaburan boleh didefinisikan sebagai `satu pertukaran wang tunai atau pembelian aset dengan harapan bahawa aset itu akan membawa keuntungan pada masa depan dalam bentuk faedah, dividen, sewaan atau kenaikan harga'.

Perkataan `aset' bermaksud aset tetap dan aset kewangan. Aset tetap ialah aset nyata iaitu harta yang bersifat kebendaan dan mencerminkan nilai sebenar seperti tanah, rumah, kenderaan dan peralatan.

Aset kewangan pula ialah sesuatu harta yang bersifat tuntutan berdokumen terhadap pemilikannya dan agak sukar menentukan nilai sebenarnya seperti saham, simpanan tetap dan insurans.

Perlu ditekan di sini, perkataan `dengan harapan' bermakna ia membabitkan risiko iaitu kemungkinan mengakibatkan kerugian.

Setiap pelaburan pasti mempunyai risiko. Jika seseorang melabur di pasaran terbuka, risiko yang perlu ditanggungnya ialah perubahan harga sesuatu saham berkenaan.

Berdasarkan definisi itu, jelas bahawa ada pelbagai bentuk pelaburan. Menyimpan wang di dalam akaun simpanan, membeli hartanah dan membeli kenderaan adalah antara contoh pelaburan.

Malah, menyimpan wang dalam `tabung buluh' juga dianggap sebagai pelaburan iaitu memberi pulangan atau faedah ketika berlaku deflasi iaitu ketika harga barangan atau perkhidmatan turun.

Berikutan wujud pelbagai bentuk pelaburan, seseorang pelabur perlu bijak menentukan matlamat pelaburannya. Selain risiko, antara ciri lain yang harus dipertimbangkan ialah bentuk pulangan, kecairan dan ketidaktentuan pasaran saham.

Bentuk pulangan sesuatu pelaburan biasanya merangkumi pulangan tetap dan keuntungan modal. Sesetengah pelaburan hanya memberi pulangan dalam bentuk pulangan tetap seperti akaun simpanan, simpanan tetap, bil Perbendaharaan dan bon.

Pelaburan yang tidak menjanjikan pulangan secara tetap tetapi dalam bentuk keuntungan modal yang tinggi ialah seperti pelaburan emas dan berlian.

Pelaburan yang bergantung kepada keuntungan modal biasanya memberi pulangan yang tinggi berbanding pelaburan yang memberi pulangan tetap. Bagaimanapun, pelaburan yang memberi keuntungan modal sahaja adalah lebih berisiko berbanding pelaburan yang memberi pulangan tetap.

Dalam jangka panjang, pelaburan di pasaran saham terbuka memberi pulangan yang lebih tinggi berbanding kaedah pelaburan simpanan akaun tetap.




Dapatkan Panduan Maybank2u anda,
www.rahsiawangku.com

Pergerakan indeks gambarkan sentimen pasaran II

BAGAIMANAKAH pengiraan Indeks Komposit BSKL? Setiap indeks mempunyai tahun asas masing-masing. Pada tahun asas ini, nilai saham diseragamkan pada 100 mata. Pada akhir November yang lalu, IK berada pada paras 725 mata, ini bermaksud nilai saham telah meningkat lebih tujuh kali ganda dari tahun asasnya, iaitu 1977.

Sementara itu, kebanyakan indeks lain menggunakan kaedah purata mudah (simple average) sebagai cara pengiraan, Indeks Komposit menggunakan kaedah purata berwajaran (weighted average).

Kewajaran yang digunakan berdasarkan bilangan saham biasa berbaki (ordinary shares outstanding). Sebagai contoh, syarikat gergasi seperti Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malayan Banking Berhad diberi wajaran yang lebih tinggi berbanding syarikat kecil lain.

Kaedah pengiraannya adalah dengan membahagikan agregat pasaran semasa dengan agregat pasaran pada tahun asas IK (1977) dan didarab dengan 100.

Untuk memastikan ketekalannya (consistency), nilai pasaran pada tahun asas boleh diubahsuai jika berlaku perubahan dalam struktur modal komponen indeks seperti tawaran hak baru (rights issue) atau kemasukan komponen indeks baru.

BSKL membuat pengiraan secara elektronik untuk semua indeksnya bagi setiap minit untuk memenuhi keperluan pelabur mengenai prestasi pasaran yang terkini sepanjang masa urusniaga.

Maklumat mengenai indeks ini disalurkan terus kepada syarikat broker saham dan penguna informasi terkini pasaran di laman web tertentu.

Apakah kepentingan indeks ini kepada pelabur? Sebenarnya pergerakan harga saham komponen indeks mempengaruhi turun naik sesuatu indeks bukan sebaliknya. Pergerakan indeks mengambarkan sentimen pasaran. Ia digunakan oleh pelabur bagi menentukan turun atau naik pasaran, pasaran aktif atau lembap.

Dengan adanya pelbagai indeks ini, pelabur boleh menentukan aliran pasaran sama ada pasaran meningkat (bull market) atau pasaran menjunam (bear market).

Pelabur juga menggunakannya sebagai perbandingan antara suatu sektor dengan sektor yang lain dan juga arah pergerakannya. Bagaimanapun, ini tidak bermakna pelabur boleh mendapat keuntungan lumayan dengan hanya memerhati pegerakan indeks ini.

Menjejaki indeks ini hanyalah sebagai satu panduan dalam proses untuk membuat keputusan pelaburan. Walaupun pasaran meningkat, pelabur masih perlu bijak memilih atau menilai kaunter yang baik untuk pelaburan.

Perlu diingat, kaunter saham tidak semestinya bergerak seiring dengan pasaran dan pergerakannya juga tidak setara dengan pegerakan pasaran.

Dalam membuat pemilihan kaunter saham, sesetengah pelabur membuat penilaian berdasarkan risiko pasaran dan juga risiko spesifik (specific risk).

Risiko pasaran mengambil kira sebahagian daripada pergerakan harga saham berdasarkan pergerakan pasaran secara keseluruhan. Ini bagaimanapun bertentangan dengan risiko spesifik yang mengambil kira pergerakan harga berdasarkan kaunter spesifik saja.

Dalam pasaran yang meningkat (bull market), pelabur mungkin melihat kaunter yang lebih agresif. Lebih tinggi risiko sesuatu kaunter itu, maka lebih tinggi kenaikan harga berbanding indeks pasaran.

Bagaimanapun, ketika kemelesetan ekonomi, mereka memilih saham lebih selamat dan mempunyai tahap risiko yang rendah.

Dapatkan Panduan Maybank2u anda,
www.rahsiawangku.com

Monday, September 24, 2007

Indeks pasaran tunjuk arah aliran, prestasi urus niaga I

Kegunaan indeks dan cara pengiraan indeks pasaran terutama Indeks Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Ingin saya jelaskan di sini bahawa indeks pasaran sudah digunakan secara meluas oleh pemerhati pasaran sebagai satu petunjuk arah aliran dan prestasi pasaran dalam sesuatu jangka masa.

Indeks pasaran juga dianggap sebagai `barometer' atau kayu pengukur pergerakan harga dan jumlah urus niaga saham di BSKL.

Malah, setiap bursa saham dunia mempunyai indeks masing-masing sebagai panduan menentukan arah aliran secara purata bagi setiap hari dagangan.

Sebagai contoh, Indeks Perusahaan Dow Jones digunakan Bursa Saham New York, Indeks Nikkei digunakan Bursa Saham Tokyo dan Indeks Kewangan Times oleh Bursa Saham England.

Bursa Saham Singapura menggunakan Indeks Perusahaan Straits Times dan Bursa Saham Hong Kong dengan Indeks Hang Seng.

Di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), indeks pasaran paling diikuti atau yang paling popular adalah Indeks Komposit BSKL dan Indeks Emas BSKL.

Indeks Emas merangkumi semua kaunter syarikat yang tersenarai di Papan Utama BSKL.

Ada juga indeks pasaran bagi setiap sektor yang tersenarai seperti Indeks Perusahaan, Barangan Pengguna, Barangan Perindustrian, Pembinaan, Perdagangan dan Perkhidmatan, Kewangan, Hartanah, Teknologi, Syarikat
Infrastruktur, Perladangan dan juga Indeks Papan Kedua.

BSKL juga sudah memperkenalkan Indeks Syariah pada April 1999 dengan tujuan untuk memperluaskan penyertaan daripada pelabur tempatan dan juga asing yang berminat untuk melabur berdasarkan kelulusan prinsip Islam.

Anda boleh mengikuti atau menjejaki indeks pasaran berkenaan sama ada melalui akhbar dan laman web terutama laman web BSKL (www. klse. com. my).

Indeks Komposit BSKL (IK) mula diperkenalkan pada 1986 bagi memenuhi keperluan pelabur sebagai pengukur arah pasaran saham dan juga ekonomi yang lebih tepat kerana sebelumnya tiada indeks khusus yang mewakili pasaran secara menyeluruh.

Sebelum Indeks Komposit diperkenalkan, pasaran saham bergantung kepada Indeks Perusahaan yang hanya mewakili 30 kaunter syarikat perindustrian.

Secara umumnya, tujuan IK diperkenalkan adalah untuk menggambarkan prestasi syarikat yang tersenarai di BSKL dengan lebih efektif, seterusnya menjadi lebih sensitif secara umumnya kepada jangkaan pelabur.

Ia juga adalah kayu pengukur keberkesanan dasar kerajaan di samping bertindak balas terhadap perubahan struktur dalam pelbagai sektor ekonomi Malaysia.

Dapatkan Panduan Maybank2u anda,
www.rahsiawangku.com